TARIAN INANG WEEK 5
Pada minggu ini, cikgu mengajar kami Tarian Inang. Sebelum kami belajar tarian ini, cikgu meminta kami untuk memanaskan badan sebelum memulakan tarian. Kami dapat belajar cara mengayun tangan dengan betul, menghentak kaki mengikut rentak lagu dan lain lain lagi.
Tarian Inang telah tercipta pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Lagu Mak Inang yang khusus telah dicipta bagi mengiringi tarian ini dengan perintah Sultan Mahmud Syah. Tariannya sangat lemah gemalai dan mempunyai ciri-ciri yang sesuai ditarikan di istana. Pada zaman dahulu, Tarian Inang ini hanya ditarikan oleh penari perempuan sahaja. Apabila telah mengikut peredaran zaman, persembahan Tarian Inang telah ditarikan secara berpasangan lelaki dan perempuan. Selalunya 4-6 pasangan dipersembahkan..
Contoh Lagu yang mengiringi Tarian Inang ini ialah Selendang Mak Inang, Inang Pulau Kampai dan lain lagi.
ianya memiliki pakaian khas untuk tarian ini.
IB LEARNER PROFILE
- communication
-knowledgeble
- balanced
-reflective
ATL SKILLS
-research
-communication
Comments
Post a Comment